Thursday 12 June 2014

Interview


Assalamualaikum.

Hi, bagi pelajar-pelajar lepasan STPM 13 aku tahu ini masa yang paling kritikal dalam hidup sebab nak berjuang supaya dapat melanjutkan pelajaran.  So, boleh dikatakan masa ini juga pelbagai tawaran untuk panggilan temuduga sampai ( bagi yang apply kos #).  Aku sendiri pon dah lepas 2 panggilan temuduga dan perlu berjuang lagi 2 panggilan temuduga di UKM dan UPSI. Dua panggilan temuduga yang dah lepas tu ialah dari USM dan UM.

Panggilan pertama dari USM semua sedia maklum yang USM ni luar dari sistem upu jadi panggilan temuduga untuk USM ni awal la sikit.  Disebabkan aku apply " Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan" jadi masa temuduga aku telah diminta untuk mengajar dan menceritakan serba sedikit kenapa aku memilih USM sebagai pilihan untuk menyambung pelajaran.  ha! aku juga diminta untuk berpidato, resensi dan perlu menceritakan pegalaman kem PBSM aku kerana penemuduga juga meneliti setiap sijil.  hmm..

Panggilan temuduga yang kedua pula di UM bagi program " Sarjana Muda Kaunseling" .  Temuduga di UM ini sangat memberi tekanan kepada aku mungkin disebabkan penemuduga saja suka hati nak psyko aku.  Aku tak naklah ceritakan apa yang terjadi kepada aku masa tu tapi aku rasa down sangat. hihi.  UM merupakan pilihan ketiga aku sebab piliha pertama dan kedua ialah UKM dan UPM dan keduanya adalah pendidikan.  Jadi aku telah ditaya berkaitan pemilihan aku dan dalam masa yang singkat aku perlu membuat keputusan. Memang tension. HAHAHAHa

Bagi panggilan ketiga dan keempat masing-masing di UKM dan UPSI yang peliknya kenapa aku perlu untuk temuduga di universiti itu sendiri sedangkan masa mengisi upu aku telah meminta untuk temuduga di zon utara? hmm.. fikirkan masa depan pergi sajalahh.. apa-apa pun wish me all the best please :)  and goodluck to u too yang dapat interview pendidikan.







Friday 7 February 2014

Random Awesome


Hai, Assalamualaikum. (lelambai tangan)

Taksuka tau perenggan pertama nak update blog, tak reti nak buat ayat. Dulu masa cikgu mengajar teknik kembangkan idea kau sibuk main mata dengan Firdaus, EHHHHH ! kahkahkah

Aku rasa tak perlu la untuk aku buat ayat bungga-bungga sebagai pendahuluan bukannya kau paham pon ayat pragmatik aku, kita simantik terus.  So, nak dijadikan cerita aku datang Penang,  ini merupakan suatu perkembangan bagi aku sebab sebelum nie memang Dato' Abdullah kat rumah tu tak bagi aku ikut Abang aku balik Penang.  Abang aku iya-iya plan suruh aku siap terus, then culik aku datang sini anak saudara aku pulak buat komplot gi pujuk Datin Som dengan muka sedih.  So, terlepaslah tuan Puteri dari Istana Batu.

Seperti kau sedia maklum, Penang kan my second hometown, hahaha jadi kepulangan aku harus disebarkan kepada kawan-kawan.  Then, mulalah plan nak keluar pergi situ,sini, sana kan.  So, aku plan keluar dengan Geng Pembuli aku dulu tapi sekarang diorang dah bertaubat jadi Geng Masjid.  Kitaorang keluar dalam pukul 12 macam tu so, sampai sana memang kebulur kau tahu ? kau tahu apa ?.  So, Bilal decide makan kat sini. 






Masuk kat sini memang Line Clear betul.  Orang cakap femes sangat. (Fakta yang tidak dapat dipastikan ).  Balik tu aku story kat Abang aku then dia cerita ada tikus besar-besar kat situ, terus aku kembang tengkuk. erghhh -,-.  Tapi serius cakap memang kau kena beratur dulu nak ambik makanan. Memang orang ramai kat sini samai masa beratur tu ada Pakcik mana ntah cakap kat Kimi ''Orang Penang memang handsome'' . hahaha

Perut pon dah kenyang so, kitaorang g lepak kat Gurney Paragon. Kat sini memang masuk jalan-jalan je.  Aku actually nak bantai baju kat H&M tapi segan pulak nak ajak diorang. hahahaha (kantoi )

Next, kitaorang g Street Art. 




Rasa kelakar gila bila jalan kat Penang ja tapi guna map, rasa macam pelancong asing sangat.  well, kiorang dari Paris, nauw2. Tapi kalau korang nak jalan-jalan kat sini better cari peta nie dekat Pakcik kat Lebuh Armenium dia akan bagi free, peta ni akan guide korang mana nak cari mural-mural nie.









Jangan dipersoalkan kepada gambar aku banyak, blog aku, aku punya suka. ehhh, hahaha, taklah, diorang nie memang bawak aku suruh jadi model. Asyik aku je kena ambik gambar.  hmm -,-


Yang nie pulak suruh aku marketkan diri dia. Siapa yang berkenan boleh dm aku kat twitter, hahahahahaha.
Tapi dia tak paham bahasa sikit, dah terang-terang tulis kat situ NO PARKING tapi.....

Kat sini memang penat berjalan kaki kalau jenis orang kuat berpeluh berlecaklah ketiak kau , tapi dont worry kalau malas jalan , sewa ja basikal atau naik je beca. Satu lagi kalau rasa kaki tu kuat dipersilakan pakai heels. Aku usha pelik ja amoi -amoi bantai heels jalan. 

tuptaptuptap, sampai rumah pukul 8 tapi pukul 9 aku keluar balik.  Asalnya memang dah taknak keluar penat sangat, tapi dah diorang nak sangat-sangat jumpa aku. So, aku keluar sajalah  padahal dah seharian tak mandi masa tu denagn penat gila tak termasuk busuk lagi.  (nampak tak aku penting)




uih, kawan lama, dulu sama-sama buli adik-adik. gangster suka karipap kantin.. hahaha. okay the end.

iya-iya aku update blog pasal Penang padahal tiap-tiap bulan datang sini. 

Friday 10 January 2014

Kalau


Assalamualaikum.