Thursday 12 June 2014

Interview


Assalamualaikum.

Hi, bagi pelajar-pelajar lepasan STPM 13 aku tahu ini masa yang paling kritikal dalam hidup sebab nak berjuang supaya dapat melanjutkan pelajaran.  So, boleh dikatakan masa ini juga pelbagai tawaran untuk panggilan temuduga sampai ( bagi yang apply kos #).  Aku sendiri pon dah lepas 2 panggilan temuduga dan perlu berjuang lagi 2 panggilan temuduga di UKM dan UPSI. Dua panggilan temuduga yang dah lepas tu ialah dari USM dan UM.

Panggilan pertama dari USM semua sedia maklum yang USM ni luar dari sistem upu jadi panggilan temuduga untuk USM ni awal la sikit.  Disebabkan aku apply " Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan" jadi masa temuduga aku telah diminta untuk mengajar dan menceritakan serba sedikit kenapa aku memilih USM sebagai pilihan untuk menyambung pelajaran.  ha! aku juga diminta untuk berpidato, resensi dan perlu menceritakan pegalaman kem PBSM aku kerana penemuduga juga meneliti setiap sijil.  hmm..

Panggilan temuduga yang kedua pula di UM bagi program " Sarjana Muda Kaunseling" .  Temuduga di UM ini sangat memberi tekanan kepada aku mungkin disebabkan penemuduga saja suka hati nak psyko aku.  Aku tak naklah ceritakan apa yang terjadi kepada aku masa tu tapi aku rasa down sangat. hihi.  UM merupakan pilihan ketiga aku sebab piliha pertama dan kedua ialah UKM dan UPM dan keduanya adalah pendidikan.  Jadi aku telah ditaya berkaitan pemilihan aku dan dalam masa yang singkat aku perlu membuat keputusan. Memang tension. HAHAHAHa

Bagi panggilan ketiga dan keempat masing-masing di UKM dan UPSI yang peliknya kenapa aku perlu untuk temuduga di universiti itu sendiri sedangkan masa mengisi upu aku telah meminta untuk temuduga di zon utara? hmm.. fikirkan masa depan pergi sajalahh.. apa-apa pun wish me all the best please :)  and goodluck to u too yang dapat interview pendidikan.