Saturday 28 December 2013

Istimewa


Assalamualaikum dan selamat malam.  

Aku ada satu tabiat tau, bila aku tengok budak-budak dalam kereta, bas, van, atau motor masa berhenti kat traffic light, masa tengah memotong, atau follow belakang aku mesti lambai tangan.  Member-member aku memang dah faham dah dengan perangai aku yang satu ni.  Acah-acah Puteri Diana sangat kan.  Dulu, aku ada jugak cita-cita nak mengorat Putera William tapi sayang Kate Midleton terlebih cantik daripada aku makanya aku tidak dipilih menjadi Ratu hati dan Puteri Britan.  Kau tahu masa lambai-lambai tangan kat budak-budak ni serius kau akan rasa happy bila budak-budak tu lambai balik.  Tak pernah buat ? mohon try.

Tadi aku keluar dengan member-member so, masa kat traffic light tu ada kereta kat sebelah.  Aku jeling-jeling Ziana Zain je tengok-tengok ada la seorang budak nie hulur kepala dia kat tingkap.  Dengan senyuman habis manis dan sehabis mahal gula aku bagi kat budak tadi sambil lambai-lambai tangan dan cakap "Hai adik" walaupun aku tahu budak tu tak dengar pon sebab tingkap kereta yang aku naik tu tak buka pon. hahaha.  Budak tu mula-mula acah-acah jual mahal.  Orang tak cantik mana mau layan kan ? budak-budak pon pandai memilih dah sekarang ingat lelaki buaya ja pandai.  Tapi aku still lambai tangan kat budak tu, yang Sarah keja panggil aku nak tunjuk gambar kat Instagram.  Actually, ada sesuatu yang buat aku terus lambai (budak tu istimewa ).  Kemudian, Mak budak tu cakap "lambai kat kakak" dan budak tu pun lambai la kat kakak nie sampai tak berhenti sampai lampu merah tukar jaadi hijau tapi lama jugak la kejang jugak la tangan aku.   Tapi aku rasa puas sebab akhirnya budak tu lambai kat aku.


30 minit kemudian.
Masa ini memang tengah menikmati nasi lemak dengan penuh perasaan cinta dan sayang pada pukul 2.30 petang.  Gila kau makan nasi lemak pukul 2.30 petang.  Tetiba aku cakap kat member-member aku.

"Weh nak tahu tak, cita-cita aku nak jadi cikgu Pendidikan Khas"

Aku tengok Shaukhi pandang Sarah then, senyum.  aku tengok adik Sarah, si Asyraf dia senyum.

"Weh, aku serius nie, jangan la gelak"

Ramai yang pernah tanya cita-cita aku nak jadi apa.  Habis STPM nak apply U nak ambik kos apa. Aku diam membisu. Aku tidak malu.  Tapi aku jaga perasaan sendiri.  Ramai yang senyum atau ketawa dalam hati bila cakap mengenai Pendidikan Khas, mengajar budak-budak istimewa. Biarpun aku tidak tahu niat mereka di lubuk hati tapi salahkah? mereka juga manusia pastinya mereka yang teristimewa dan lebih mulia di sisi Allah berbanding manusia normal.

"Enjoy the little things, for one day you may look back and realize they were the big things." -- Robert Brault

Ini pulak bukannya kanak-kanak istimewa.  Tangan di dahi bukannya nak tabik hormat cuma nak elak silaunya sang matahari.

"Semua manusia dilahirkan sempurna cuma ada yang lebih istimewa".

Thursday 26 December 2013

throw back

wuttt, wutt...ada orag kata nie trade mark aku, layankan jela.

Assalamualaikum, hai. Macam lama ja tak merapu kat sini.

Sejujurnya aku tak tahu pun tak tulis apa, idea dah tak beberapa nak bernas sekarang nie almaklumlah dulu time STPM all out, ( haha over kau kiah !).  Sejujurnya time aku menaip kkvk natang haram nie aku haram tak mandi lagi tapi bau acah2 wangi perfume Britney Spears lagi la.  Sejujurnya, sejujurnya..

Beberapa hari yang lepas ataupun beberapa minggu yang lepas. Maaf otak lembab sikit aku pijak tanah Permatang Pasir as u known sekolah lama aku dulu kat situ.  Tempat lepak masa muda mudi remaja zaman dahulu kala noe.

2010 (throw back sangatkan)
 "Awak tunggu dalam kelas nie, kawan-kawan awak masuk lab kot" kata seorang guru kepada aku (Teacher Ina kot) Maaf memori slow. Dengan keretnya aku ambik novel baca konon-konon isi masa lapang sementara tunggu kawan-kawan la kan.  42 minit 30 saat kemudian, geng-geng mafia masuk kelas gitu, kemudian tanya aku, "hang budak baru ke?" aku dengan muka bajet ayu malu-malu cakap "aha, panggil aku Rosa".  Geng-geng mafia buat muka cuak ingat aku tiru nama Rossa Indonesia, kalau aku cakap nama aku Taylor Swift agak-agak muntah dah geg-geng mafia tu.

Sebulan, dua bulan, tiga bulan, dan bulan-bulan yang seterusnya...
Aku dah ada geng Mafia aku sendiri a.k.a geng samseng sekolah jugak, tapi ayu tu masih ada.  Zafirah dengan muka bajet blur, Akmar selalu buat lawa,  Nabilah ketua gangster, hahaha.  Ingat lagi samseng-samseng aku nie kan suka kacau Naim, kalau Hulk ubah jadi hijau time marah Naim nie ubah jadi pink bila malu.  Hipotesis : Naim dan Hulk adik beradik. Hipotesis diterima. hahaha

2013.
"Weh, Nebil aku otw g rumah hang kol Z dengan Deq Mar.  Nak jumpa. Rinduuu -,-' "

Upload gambar 2013 sudah la , gambar 2010 tak payah, sememeh semacam.  Bila jumpa Deq mar dengan Nebil sama ja tapi Z dah tak blur poyo macam dulu, rasa kelakar pulak.  Aku rindu kau yang dulu. Ha! btw, walaupun kami sama umur tapi Z junior aku STPM.   

Kemudian...back to 2011


versi 2013

aku saja ja upload gambar nie, tak rindu kau pun sarah. hahaha

time flies so fast
day by day
month by month
year by year
but I just want u to know
our friendship is forever.