Saturday 31 March 2012

contest gambar suddenly by -areed amier



Sedang berjalan-jalan di ex-tream Blogger tetiba ternampak satu Contest ..Hadiah utama berupa sebuah camera lomografi terus menarik aku untuk joint contest nie tapi ...................
dateline esok ...
arghhh biarkan ,trust yourself !


aku rasa aku lah orang terakhir joint contest nie . Walau bagaimanapun segunung harapan aku letakan semoga akulah pemenang bertuah yang dapat camera lomo tu . ! Antara syarat yang ditetapkan telah pun aku laksanakan ..... 

kini masanya untuk aku letakan gambar yang konon-kononnya gambar suddenly gitu .


gambar seorang kanak-kanak yang tengah bersungguh makan aiskrim .hewhew :D


kanak-kanak yang sedang menikmati angin laut .

sesungguhnya gambar yang di upload nie semuanya di candid secara tiba2 . bukannya suruh budak nie saja2 buat action .

dan kepada tuan punya contest tuu :

* saya dah add fb awak
*saya follow twitter awak
*saya dah like fb awak 
*saya dah follow blog awak 
*saya dah subscribe utube awak !

#maka sudilah ambik saya sebagai pemenang nya , saya sudi !! hewhew !

Tuesday 27 March 2012

JJCM



Dan selepas mempertaruhkan jiwa raga untuk SPM barulah diri ini sedar bahawa bukan semua benda tu mudah. Semua pun mula dengan peluh, tak cukup tidur, dengan segala stress, baru la jadi.
 Jika pokok yang ditanam sudah dituai , begitulah jua usaha aku , telah membuahkan hasil pada 21.march.2012 dengan rasminya result spm keluar .
 Walau bagaimana pun keputusannya aku bersyukur , tidak guna menyesal.

Kalau orang lain dijanjikan hadiah ipad,iphone 4s , blackberry , htc dan lain-lain sebagai hadiah .
 Lain pulak dengan aku dihadiahkan makan Free oleh abang aku .
 Mentang-mentang adik depa nie suka makan suma nak belanja makan ja ...hukhuk


Lokasi mmg wajiblah dipilih oleh aku sendiri .



lamp chop

chicken chop 

*jangan tiru aksi ini .ahahaha
kalau sorang makan tu mmg tak habis lah abc nie , besar 


nasi beriani , makan sikit ja dah kenyang , bungkus bawak balik umah (haha)

yang lain-lain tu kalau nak tahu menu apa pergilah sendiri , ok sedapp !
 dah masok jalan2 cari makan dah pun . sangat memuaskan lah , harga pun berpatutan


muka dato' (bercucu) kekeyangan 


ouchhh ,perut buncit , tarik beg cover2 .

Dan sekian sudah .
 Saat aku menulis entry ini segala mak nenek makanan yang masok pon dah keluar balik
 ( maaf tak senonoh ). Servis dari pekerja dia pon ok , walaupun orang ramai , macam mak aku cakap mula-mula sampai "banyaknya kereta macam kenduri ja " hikhik , tapi hidangan tak lah lambat sangat sampai ,ok ja .

~the end ~ 
woii  hampa terliur tak ???!


Sunday 4 March 2012

jom pi Thailand




Savadikaa.
actually , aku nak tulis entry ni dalam bahasa siam tapi aku takut korang tak faham pulak.
Jadi aku taip dalam bahasa Melayu lah , kita kan rakyat Malaysia
aku yang tak reti nak tulis siam sebenarnya . Harap maklum entry nie banyak gambar .




Gambar diraja Thailand .





Seperti yang kita sedia maklum , negara Thailland nie agama rasminya Buddha, kalau sepanjang perjalanan tu jumpa patung Buddha bukanlah sesuatu yang pelik lah.




Sapa paham memang terer ! sapa tak paham  pi buang ar lesen hampa tue ..




 
Next destination  Pantai Samila .




Tarikan utama pantai nie , DUYUNG .
tapi aku  tak berani nak pi ambek gambar dekat-dekat dengan duyung tu takut kena kacau 
(pengaruh prang ramai)



ouchh ! sapa tu ?


Pastu , Pasar  Terapung .. layan ja lah


Ada lalu mao makan ? eii hijau ja sungai tu.. sangat tak lalu nak makan .



takde cawan gelas berkaca kalau minum air kat sini . pakai buluh ja


Istemewa kat sini kalau beli guna cawan tanah liat nie , kita akan dapat bawak balik buat kenangan , tak payah pulangkan kat penjual tue


model pasar terapung






.Kalau mai Thailand nie bukan masa untuk kita belagaklah tak kisah la kaya atau tak sebab kebanyakan makanan HALAL itu cuma kedai tepi jalan .
McD @ KFC tidak halal di Thailand .


 walaupun makanan tepi jalan , tapi yummy sedapp


This is tut tut ! kenderaan utama di bandar Hadyai , nak pergi mana-mana naiklah tut tut ,
 seorang rm2 @ 20 bath ..
naik tut tut nie rasa dia lain sikit ..


Disebelah tu kakak ipar saya .apa ?? dia lebih kecik ! normal2


Jalan -jalan di tengah2 bandar Hadyai .


Replika coca -cola , hado ko habis minum air banyak nie  sehari ? hoho

 Peniaga di sini sangat rakus untuk mencari pembeli sampaikan depan hotel diorang nie sanggup tunggu .
macam2 karenah 

Shaukhi nie pakwe baru aku , hoho ! 




berurus niaga ngn orang thailand nie mmg sangat menyusahkan ..
dah la tak faham bahasa melayu bahasa Inggeris pun tak paham ! mmg tak faham bahasa 


wayar mak aiii , serabut .Pakcik dalam bas cakap "kalau burung bertelur pun telur tak akan jatuh "

Korang penah dengar tak , orang cakap polis Thailand nie cantik-cantik belaka .. kalau tak percaya tengok nie , bukti kukuh lagi konkrit !



yeahh !! 

tamatlah sudah percutian aku selama 2hari 1 malam pi Hadyai ..
mai sini takda orang mai lama-lama .semuanya mai 2 hari ja.. Kebanyakan orang mai sini hanya untuk bershopping sebab  tak banyak  tempat menarik untuk dilawati .

ok Selamat Tinggal Thailand , 
entry aku hari nie sangat bersesuaian dengan pribahasa 
"Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri "