Saturday 28 December 2013

Istimewa


Assalamualaikum dan selamat malam.  

Aku ada satu tabiat tau, bila aku tengok budak-budak dalam kereta, bas, van, atau motor masa berhenti kat traffic light, masa tengah memotong, atau follow belakang aku mesti lambai tangan.  Member-member aku memang dah faham dah dengan perangai aku yang satu ni.  Acah-acah Puteri Diana sangat kan.  Dulu, aku ada jugak cita-cita nak mengorat Putera William tapi sayang Kate Midleton terlebih cantik daripada aku makanya aku tidak dipilih menjadi Ratu hati dan Puteri Britan.  Kau tahu masa lambai-lambai tangan kat budak-budak ni serius kau akan rasa happy bila budak-budak tu lambai balik.  Tak pernah buat ? mohon try.

Tadi aku keluar dengan member-member so, masa kat traffic light tu ada kereta kat sebelah.  Aku jeling-jeling Ziana Zain je tengok-tengok ada la seorang budak nie hulur kepala dia kat tingkap.  Dengan senyuman habis manis dan sehabis mahal gula aku bagi kat budak tadi sambil lambai-lambai tangan dan cakap "Hai adik" walaupun aku tahu budak tu tak dengar pon sebab tingkap kereta yang aku naik tu tak buka pon. hahaha.  Budak tu mula-mula acah-acah jual mahal.  Orang tak cantik mana mau layan kan ? budak-budak pon pandai memilih dah sekarang ingat lelaki buaya ja pandai.  Tapi aku still lambai tangan kat budak tu, yang Sarah keja panggil aku nak tunjuk gambar kat Instagram.  Actually, ada sesuatu yang buat aku terus lambai (budak tu istimewa ).  Kemudian, Mak budak tu cakap "lambai kat kakak" dan budak tu pun lambai la kat kakak nie sampai tak berhenti sampai lampu merah tukar jaadi hijau tapi lama jugak la kejang jugak la tangan aku.   Tapi aku rasa puas sebab akhirnya budak tu lambai kat aku.


30 minit kemudian.
Masa ini memang tengah menikmati nasi lemak dengan penuh perasaan cinta dan sayang pada pukul 2.30 petang.  Gila kau makan nasi lemak pukul 2.30 petang.  Tetiba aku cakap kat member-member aku.

"Weh nak tahu tak, cita-cita aku nak jadi cikgu Pendidikan Khas"

Aku tengok Shaukhi pandang Sarah then, senyum.  aku tengok adik Sarah, si Asyraf dia senyum.

"Weh, aku serius nie, jangan la gelak"

Ramai yang pernah tanya cita-cita aku nak jadi apa.  Habis STPM nak apply U nak ambik kos apa. Aku diam membisu. Aku tidak malu.  Tapi aku jaga perasaan sendiri.  Ramai yang senyum atau ketawa dalam hati bila cakap mengenai Pendidikan Khas, mengajar budak-budak istimewa. Biarpun aku tidak tahu niat mereka di lubuk hati tapi salahkah? mereka juga manusia pastinya mereka yang teristimewa dan lebih mulia di sisi Allah berbanding manusia normal.

"Enjoy the little things, for one day you may look back and realize they were the big things." -- Robert Brault

Ini pulak bukannya kanak-kanak istimewa.  Tangan di dahi bukannya nak tabik hormat cuma nak elak silaunya sang matahari.

"Semua manusia dilahirkan sempurna cuma ada yang lebih istimewa".

Thursday 26 December 2013

throw back

wuttt, wutt...ada orag kata nie trade mark aku, layankan jela.

Assalamualaikum, hai. Macam lama ja tak merapu kat sini.

Sejujurnya aku tak tahu pun tak tulis apa, idea dah tak beberapa nak bernas sekarang nie almaklumlah dulu time STPM all out, ( haha over kau kiah !).  Sejujurnya time aku menaip kkvk natang haram nie aku haram tak mandi lagi tapi bau acah2 wangi perfume Britney Spears lagi la.  Sejujurnya, sejujurnya..

Beberapa hari yang lepas ataupun beberapa minggu yang lepas. Maaf otak lembab sikit aku pijak tanah Permatang Pasir as u known sekolah lama aku dulu kat situ.  Tempat lepak masa muda mudi remaja zaman dahulu kala noe.

2010 (throw back sangatkan)
 "Awak tunggu dalam kelas nie, kawan-kawan awak masuk lab kot" kata seorang guru kepada aku (Teacher Ina kot) Maaf memori slow. Dengan keretnya aku ambik novel baca konon-konon isi masa lapang sementara tunggu kawan-kawan la kan.  42 minit 30 saat kemudian, geng-geng mafia masuk kelas gitu, kemudian tanya aku, "hang budak baru ke?" aku dengan muka bajet ayu malu-malu cakap "aha, panggil aku Rosa".  Geng-geng mafia buat muka cuak ingat aku tiru nama Rossa Indonesia, kalau aku cakap nama aku Taylor Swift agak-agak muntah dah geg-geng mafia tu.

Sebulan, dua bulan, tiga bulan, dan bulan-bulan yang seterusnya...
Aku dah ada geng Mafia aku sendiri a.k.a geng samseng sekolah jugak, tapi ayu tu masih ada.  Zafirah dengan muka bajet blur, Akmar selalu buat lawa,  Nabilah ketua gangster, hahaha.  Ingat lagi samseng-samseng aku nie kan suka kacau Naim, kalau Hulk ubah jadi hijau time marah Naim nie ubah jadi pink bila malu.  Hipotesis : Naim dan Hulk adik beradik. Hipotesis diterima. hahaha

2013.
"Weh, Nebil aku otw g rumah hang kol Z dengan Deq Mar.  Nak jumpa. Rinduuu -,-' "

Upload gambar 2013 sudah la , gambar 2010 tak payah, sememeh semacam.  Bila jumpa Deq mar dengan Nebil sama ja tapi Z dah tak blur poyo macam dulu, rasa kelakar pulak.  Aku rindu kau yang dulu. Ha! btw, walaupun kami sama umur tapi Z junior aku STPM.   

Kemudian...back to 2011


versi 2013

aku saja ja upload gambar nie, tak rindu kau pun sarah. hahaha

time flies so fast
day by day
month by month
year by year
but I just want u to know
our friendship is forever.


Friday 30 August 2013

Random raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
hai uoolls... lama gilakan aku tak update blog ? (who cares ? )  ok, fine!
Jadi sementara kita masih di bulan syawal yang mulia ini, maka hendaknya aku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.. " Better late than Never " . hahaha .  Cakap banyak pon tak guna sebab aku pon tak tahu nak cerita apa.

Raya ke-10 .


Hang out with Crazy and Bising friends pergi beraya rumah cikgu.  I'm still remember how Husna marah-marah bising dalam kereta nak pergi rumah cikgu Azizah dulu atau rumah Cikgu Rohaya dulu.  Shaukhi pulak cuba tenangkan dia.  Aku dan Sarah boleh buat relax gelak tengok kepoh diorang.  
Tapi akhirnya sampai juga rumah cikgu Rohaya.  Cikgu Rohaya ini tak mengajar pon kelas ioulss , tapi disebabkan iols nie selalu melepak di bilik guru jadi a little bit close with her.

School break didn't complete without weeding ceremony right ? So, on 17th. August my cousins already change her title from Miss to Mrs.Nor , wah ! congratulation ! 

who next??


hahahaha . LOL. 

Finally, i have something to show uolss, please watch it.

I found this video from kak Elena punya blog dan saya rasa video nie sangat dekat dengan diri kita semua.  
So, the moral value yang saya dapat : 1. jangan judge orang berdasarkan apa yang diorang pakai, tak salah nak menegur cara diorang tu tapi tegur dengan cara berhemah jangan tegur sampai menunjukkan diri kita yang dianggap sempurna ini  lagi teruk sebenarnya. 
2.  Respect each other, kalau orang nak bersangka buruk dengan kita biarkan , buat tak tahu je tapi lepas tu kita santau terok-terok. hahahahaha. Biarlah  apa orang nak judge kita sebab kita sememangnya bukan manusia yang sempurna itu dosa dia dengan tuhan, biar Allah saja yang tentukan. 
H U S N U Z O N
 

Tuesday 9 April 2013

I , U , Us

Assalamualaikum.

CINTA PLATONIK : Hubungan seorang lelaki dan seorang perempuan yang mempunyai hubungan lebih dari kawan biasa tetapi tiada tarikan seksual dan fizikal.
atau.
Hubungan rapat seorang lelaki dan seorang perempuan yang mempunyai hungan lebih dari kawan biasa tetapi tak tertarik atas 1 sama lain dan tidak berniat untuk bercouple.

why I make this post ? Because i think i fall in " CINTA PLATONIK " aicehh ! 

Sesetengah pendapat cakap " tipulah takanlah hubungan lelaki dan perempuan yang rapat tu tak da perasaan  lebih dari seorang kawan " memang diakui memang ramai yag bercinta dengan bestfriend (lelaki /perempuan) itu sendiri selepas masing-masing sedar hubungan rapat selama ini lebih dari hubungan persahabatan.

But , for me .
Bestfriend (lelaki/perempuan ) nak couple tu senang tapi lepas break boleh jadi bestfriend balik ka ?
better elak dari couple ... "couple tak boleh kahwin boleh la " (firdaus mencelah)

Actually, aku memang dah terjebak mempunyai hubungan rapat dengan lelaki tanpa ada unsur-unsur tarikan seksual dan fizikal sudah sekian lama. (ayat skema) Agaklah.. Aku start rapat dengan Zamir dari form1 and now dah 7 tahun ... fuyooo. dalam masa ini aku dah lalui masa-masa , pakwe2 aku jelly dengan Zamir dan awek2 Zamir jelly dengan aku . 10 kali tukar pasanga kekasih tapi hubungan persahabatan kami masih utuh ! yeahh ! Hidup Rosa !

And lately , hubungan aku dengan Shaukhi dan Firdaus semakin intim a.k.a akrab jadi telah menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat.Antaranya:
" wow, Shaukhi dan Firdaus bermadu " (jujur , aku suka ayat nie , rasa berkuasa gila)

hahaha . Bagi yang tidak pernah ada kawan baik/karib berlainan jantina mungkin akan rasa pelik dan janggal bagi hubungan nie . Tapi bagi aku everything is okay. Keluar , Lepak , Makan , Tengok Wayang , Sembang Gampang , Buddyz tetap bersama . 


Foto 1 : awek Firdaus please be jelly with me . hahaha


Ha ! see Crazy 3, 
(nampak Fira cuba memoloskan diri dalam gambar kat belakang tu . nanti kita ambik gambar lain Fira nah , nampak kasihan di situ.)

Dipendekan cerita . cinta platonik nie sangat sempoi , u cakap ilove u , i cakap u love me . But nothing means to us. Because I know who I am for U and U know who U are for me ! (yeah ,sep sikit )

"Percintaan itu tugu kasih sayang yang kukuh, kolam persahabatan yang teguh, gunung setiakawan yang utuh, sungai kebahagiaan yang teduh bersama susuri arus gelombang kemanisan" (H.A.C.K.S)

alhamdulillah buat masa nie aku tak pernah setompok pon perasaan buat mereka's ini . Kalau ada nanti aku request jadi bini no 2 k.. 


"One is loved because one is loved. No reason is needed for loving". -Paulo Coelho


Wednesday 6 March 2013

masalah

Assalamualaikum .

“Friendship is the hardest thing in the world to explain. It's not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything.” 
― Muhammad Ali

Semakin aku sibuk mengecapi kebahagian didunia sambil menuju kebahagian akhirat semakin aku diasak , dilemaskan dan diuji dengan benda-benda yang bodoh tetapi sangat menyakitkan hati . Tak cukup dengan masalah PBS sejarah dan PA yang tak siap-siap "dia " tambahkan perisa masalah aku . Dia bagaikan ajinamoto , sikit-sikit , sekali sekali mungkin sedap , tetapi kalau kerap dan selalu sangat boleh mengudang penyakit . Misalnya penyakit buah pingang , kanser , dan sakit hati . 

Tak salah sekiranya kita nak rasa jelly a.k.a cemburu bila boy-friend kita aku best-friend kita rapat dengan someone yang bagi "dia " mempunyai kelebihan . Tetapi tak payah la nak , over , pulun , cewi sangat , semak    otak ahh . Sekiranya kita pandai menjaga kawan atau boyfriend kita tu , tak akan sesekali lah mereka akan meninggalkan mu . 

Masalah , situasi pertama :

"Rosa , hang jangan dengan Ida nanti ada orang jeles " , aku : " hah, what ? ada apa-apa "  . sibuk je nak jeles macam aku jalan dengan suami kesayangan dia , geli ahh . 

Masalah : situasi kedua : 

dia cakap " dulu rosa rampas pakwe aku , sekrang dia nak rampas kawan aku , aku tau la dia orang senang , aku nie orang yang tak senang " 

Ulasan aku : 

Kenapa manusia apabila ada masalah suka menggunakan orang ketiga utuk menyampai berita ketidakpuasan hatinya ? kenapa manusia selalu mebandingkan pangkat , harta dan kedudukan sedangkan di sisi Allah semuanya sama melainkan iman . Kenapa manusia suka meletakkan kesalahan dia atas bahu orang lain tanpa mahu memikul sendiri kesalahan itu ? kenapa manusia suka bersangka buruk , sedangkan husnuzon itu lebih baik ? kenapa aku sedang menyalahkan manusia ? Sebab beruk takkan buat begini .

Mungkin salah aku , berpindah dari Peneng balik ke Kedah , aku patut stay ja kat sana , mengorat Hakimi yang seksi atau Hannan yang ala-ala ustaz sampai dapat . hahahah . (melawak perkara yang tidak lawak ) . 
Aku balik ke Kedah hanya membusukkan lagi hubungan percintaan yang sedang mekar mewangilah sangat . Sapa suruh salah sangka , aku best-friend-forever je dengan pakwe kau , kalau aku betul-betul bermaksud nak rampas pakwe kau dah lama aku goda Shaukhi yang iman goyah tu , cuma iman aku yang masih kuat . So , perkara sebegitu tidak akan pernah berlaku . 

kepergian Sarah ke poli memang menyusahkan aku mencari teman yang nak temankan aku ke tandas , temankan aku makan minum . Kalau aku nie Otai , memang membuta tuli ja aku ajak Firdaus teman aku pi tandas . Jadi , disebabkan sifat keperempuanan aku yang masih teguh dan utuh berdiri aku cuba untuk berkawan dengan mereka yang berada disekeliling aku . Tapi tak sangka pulak hanya kerana aku take -bring -and drive Ida ke Sg.Petani makan-makan lepak kat Mc D sambil main mata dengan abang mc D si " dia" boleh bengang kat aku .

Dan sesungguhnya aku tidak pernah menggunakan kelebihan aku hidup dalam kalangan orang senang untuk merasuah mereka untuk berkawan dengan aku . Lagipun aku hanya rakyat biasa , Insan biasa yang penuh dengan dosa-dosa lampau . bapak aku bukan orang kaya . bukannya ada duit berjuta-juta dalam bank , bukanya ada jet pribadi atau kapal selam yang berjuta-juta . 

Aku juga tidak pernah mengharap penduduk dunia mengenali aku , cukuplah aku hanya dikenali oleh para malaikat dia atas langit sana . 




tak pe lah .. " Ape orang nak kata kat kita ,  Kita biar je  , kita redha je , tapi lepas tu kita santau cukup-cukup " hahaha , 

Wednesday 13 February 2013

Speak Less

Assalamualaikum . 

Dah lama sangat tak jengah blog .. Dah tak tahu nak tulis macam mana , nak mula macam mana ,, nak merepek macam mana , nak kelentong macam mana . Semuanya dah tak reti ... kahkah ..

Since I have been senior , upper six , I really busy , Busy with history proposal and many-more sangat ! 
So , i just upload this picture for you , 



 
I know i  a little bit " berisi " now , this all cause my mom cook a very delicious food ever for everyday ! then I makan -tido-makan-tido  dan begitulah rutin harianku . Membela badan without any exercise . 10 tahun akan datang  u will be confius its that me or Adibah Noor . hahahaha . 

So , what next ?
I hated every minute of training, but I said, 'Don't quit. Suffer now and live the rest of your life as a champion. Muhammad Ali 
* see ! i have nothing to speaks out ,