Saturday 28 December 2013

Istimewa


Assalamualaikum dan selamat malam.  

Aku ada satu tabiat tau, bila aku tengok budak-budak dalam kereta, bas, van, atau motor masa berhenti kat traffic light, masa tengah memotong, atau follow belakang aku mesti lambai tangan.  Member-member aku memang dah faham dah dengan perangai aku yang satu ni.  Acah-acah Puteri Diana sangat kan.  Dulu, aku ada jugak cita-cita nak mengorat Putera William tapi sayang Kate Midleton terlebih cantik daripada aku makanya aku tidak dipilih menjadi Ratu hati dan Puteri Britan.  Kau tahu masa lambai-lambai tangan kat budak-budak ni serius kau akan rasa happy bila budak-budak tu lambai balik.  Tak pernah buat ? mohon try.

Tadi aku keluar dengan member-member so, masa kat traffic light tu ada kereta kat sebelah.  Aku jeling-jeling Ziana Zain je tengok-tengok ada la seorang budak nie hulur kepala dia kat tingkap.  Dengan senyuman habis manis dan sehabis mahal gula aku bagi kat budak tadi sambil lambai-lambai tangan dan cakap "Hai adik" walaupun aku tahu budak tu tak dengar pon sebab tingkap kereta yang aku naik tu tak buka pon. hahaha.  Budak tu mula-mula acah-acah jual mahal.  Orang tak cantik mana mau layan kan ? budak-budak pon pandai memilih dah sekarang ingat lelaki buaya ja pandai.  Tapi aku still lambai tangan kat budak tu, yang Sarah keja panggil aku nak tunjuk gambar kat Instagram.  Actually, ada sesuatu yang buat aku terus lambai (budak tu istimewa ).  Kemudian, Mak budak tu cakap "lambai kat kakak" dan budak tu pun lambai la kat kakak nie sampai tak berhenti sampai lampu merah tukar jaadi hijau tapi lama jugak la kejang jugak la tangan aku.   Tapi aku rasa puas sebab akhirnya budak tu lambai kat aku.


30 minit kemudian.
Masa ini memang tengah menikmati nasi lemak dengan penuh perasaan cinta dan sayang pada pukul 2.30 petang.  Gila kau makan nasi lemak pukul 2.30 petang.  Tetiba aku cakap kat member-member aku.

"Weh nak tahu tak, cita-cita aku nak jadi cikgu Pendidikan Khas"

Aku tengok Shaukhi pandang Sarah then, senyum.  aku tengok adik Sarah, si Asyraf dia senyum.

"Weh, aku serius nie, jangan la gelak"

Ramai yang pernah tanya cita-cita aku nak jadi apa.  Habis STPM nak apply U nak ambik kos apa. Aku diam membisu. Aku tidak malu.  Tapi aku jaga perasaan sendiri.  Ramai yang senyum atau ketawa dalam hati bila cakap mengenai Pendidikan Khas, mengajar budak-budak istimewa. Biarpun aku tidak tahu niat mereka di lubuk hati tapi salahkah? mereka juga manusia pastinya mereka yang teristimewa dan lebih mulia di sisi Allah berbanding manusia normal.

"Enjoy the little things, for one day you may look back and realize they were the big things." -- Robert Brault

Ini pulak bukannya kanak-kanak istimewa.  Tangan di dahi bukannya nak tabik hormat cuma nak elak silaunya sang matahari.

"Semua manusia dilahirkan sempurna cuma ada yang lebih istimewa".

No comments:

Post a Comment